{84}
AN-INSYIQAQ (pecah belah) 1~25.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Apabila
langit itu hancur.
2.
Lantaran ia turut (perintah) Tuhan nya, kerana (memang) patut ia (turut).
3. Dan
apabila bumi itu dipanjangkan
4. Dan ia
keluarkan apa-apa yang didalam nya, dan kosonglah ia.
5.
Lantaran ia turut (perintah) Tuhan nya, kerana (memang) patut ia (turut).
6. Hai
manusia ! sesungguhnya engkau telah
bekerja bersungguh-sungguh (menuju) kepada Tuhan mu, maka (engkau) akan bertemu
dia.
7.
Lantaran itu ada pun orang yang diberi suratnya dari sebelah kanan nya.
8. Maka
akan diperiksa perhitungan nya dengan pemeriksaan yang mudah
9. Dan ia
akan pergi kepada ahli nya dengan sukacita.
10. Dan
ada pun orang yang diberi suratnya dari belakang nya
11. Maka
ia akan berteriak menyebut-yebut kecelakaan (nya)
12. Dan
ia akan masuk diapi yang bernyala-nyala.
13.
Kerana sesungguhnya adalah ia bersuka ria
(ketika berada) pada ahli nya.
14.
Kerana sesungguhnya ia menyangka, bahawa ia tidak akan kembali.
15. Tidak
bagitu ! bahkan sesungguhnya Tuhan nya itu melihat akan dia.
16. Lagi,
tidak bagitu ! aku bersumpah dengan tanda menyerah dipingir langit.
17. Dan
(diperhatikan) malam dan apa yang dikumpulkan olehnya.
18. Dan
(perhatikan lah) bulan apabila sempurna terang nya.
19.
Sesungguhnya kamu akan melalui selapis sesudah selapis.
20. Oleh itu,
mengapakah mereka tidak mahu beriman ?
21. Dan
apabila dibacakan quran kepada mereka, tidak mahu mereka tunduk.
22.
Bahkan orang-orang yang kafir itu mendustakan.
23. Pada
hal Allah lebih mengetahui apa-apa yang mereka kumpulkan (dihati-hati mereka).
24.
Lantaran itu, ancamlah merka dengan azab yang pedih.
25.
Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal baik itu adalah bagi mereka pahala
yang tidak putus.
[Ulasan][Penutup][Previous Blog][Next Blog][References]