Thursday, 4 July 2013

Pecah Belah



{84}
AN-INSYIQAQ (pecah belah) 1~25.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Apabila langit itu hancur.
2. Lantaran ia turut (perintah) Tuhan nya, kerana (memang) patut ia (turut).
3. Dan apabila bumi itu dipanjangkan
4. Dan ia keluarkan apa-apa yang didalam nya, dan kosonglah ia.
5. Lantaran ia turut (perintah) Tuhan nya, kerana (memang) patut ia (turut).
6. Hai manusia !  sesungguhnya engkau telah bekerja bersungguh-sungguh (menuju) kepada Tuhan mu, maka (engkau) akan bertemu dia.
7. Lantaran itu ada pun orang yang diberi suratnya dari sebelah kanan nya.
8. Maka akan diperiksa perhitungan nya dengan pemeriksaan yang mudah
9. Dan ia akan pergi kepada ahli nya dengan sukacita.
10. Dan ada pun orang yang diberi suratnya dari belakang nya
11. Maka ia akan berteriak menyebut-yebut kecelakaan (nya)
12. Dan ia akan masuk diapi yang bernyala-nyala.
13. Kerana sesungguhnya adalah ia bersuka ria  (ketika berada) pada ahli nya.
14. Kerana sesungguhnya ia menyangka, bahawa ia tidak akan kembali.
15. Tidak bagitu ! bahkan sesungguhnya Tuhan nya itu melihat akan dia.
16. Lagi, tidak bagitu ! aku bersumpah dengan tanda menyerah dipingir langit.
17. Dan (diperhatikan) malam dan apa yang dikumpulkan olehnya.
18. Dan (perhatikan lah) bulan apabila sempurna terang nya.
19. Sesungguhnya kamu akan melalui selapis sesudah selapis.
20. Oleh itu, mengapakah mereka tidak mahu beriman ?
21. Dan apabila dibacakan quran kepada mereka, tidak mahu mereka tunduk.
22. Bahkan orang-orang yang kafir itu mendustakan.
23. Pada hal Allah lebih mengetahui apa-apa yang mereka kumpulkan (dihati-hati mereka).
24. Lantaran itu, ancamlah merka dengan azab yang pedih.
25. Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal baik itu adalah bagi mereka pahala yang tidak putus. 

[Ulasan][Penutup][Previous Blog][Next Blog][References] 

1 comment:

  1. Zakat dakan Islam,
    At-Taubah,
    103. Apabila zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan memsucikan mereka, dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Mendengar lagi Maha Mengetahui.
    104. Tidakkah mereka mengetahui, bahawa se nya Allah menerima taubat dari hamba-hamba Nya dan menerima zakat, dan bahawa se nya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang ?

    ReplyDelete